"Perjuangan kini perlu diteruskan tanpa Shahrel Fikri (Md Fauzi) ." Itu nada pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menjelang aksi Liga Super dengan Kuala Lumpur di Cheras, malam ini.

Abu Bakar, yang sebelum ini merestui penghijrahan Shahrel ke Thailand, menuntut pemain lain agar tampil dengan perwatakan lebih matang.

Bekas pertahanan Perak itu juga mahu barisan pemain PKNP yang lain agar menjadikan penghijrahan Shahrel ke Nakon Ratchasima sebagai satu suntikan motivasi dan inspirasi buat mereka sendiri.

"Hajat dan keperluan pasukan ditumakan. Seperti biasa, kami memerlukan penggantinya sempena kehadiran kami di sini.

"Harapan saya, inilah masanya untuk pemain lain merebut peluang ini dengan memperagakan bakat dan keazaman seperti Shahrel yang menjadi inspirasi pasukan ini," ujar jurulatih itu.

Mengulas pertembungan dengan Kuala Lumpur, Abu Bakar enggan memandang rendah keupayaan skuad Warga Kota itu yang ampuh di laman sendiri.

Meskipun tidak menolak kemungkinan merehatkan beberapa pemain untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA, Abu Bakar tetap mahukan PKNP meraih mata.

"Sukar untuk meramalkan (kemampuan Kuala Lumpur).

"Mereka mampu mencapai kemuncak prestasi dan di atas kertas, kekuatan mereka melebihi PKNP.

"Kami perlu menterjemahkan misi kami untuk membawa pulang mata," katanya lagi.