Setien jangka drama hingga hari terakhir LaLiga

Muzaffar Musa
Jun 27, 2020 04:13 MYT
Quique Setien menjangkakan perebutan kejuaraan LaLiga dengan Real Madrid musim ini akan berlarutan sehingga perlawanan terakhir.
Barca ketinggalan di belakang seteru mereka itu hanya berdasarkan rekod pertemuan musim ini tetapi perlu berdepan cabaran getir di laman Celta Vigo malam esok sebelum melayani kunjungan Atletico Madrid.
Selepas itu, pasukannya hanya mempunyai baki lima perlawanan dan ketua jurulatih Barcelona itu berasakan kesemua pasukan boleh menjadi ancaman.
Ditanya sama ada dua perlawanan selepas ini akan menjadi ujian paling getir untuk mereka mempertahankan kejuaraan, Setien berkata: "Saya tidak memikirkannya seperti itu.
"Dua perlawanan itu adalah sukar tetapi kesemua perlawanan boleh menjadi seperti itu.
"Saya fikir ia akan berlarutan sehingga perlawanan terakhir.
"Masih banyak perkara boleh berlaku dalam liga ini, seperti penentuannya berlarutan sehingga perlawanan terakhir dan sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku. Kita akan lihat," katanya.

❝❞ @QSetien on the next two games against @RCCeltaEN and @atletienglish: ‘These are two tough matches ... but I think this [@LaLigaEn] is going to come down to the final match day.’ pic.twitter.com/w1OYNURnpO

— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setien sedar Madrid kendalian Zinedine Zidane sedang berada di prestasi terbaik dengan memenangi kesemua empat perlawanan selepas waktu rehat disebabkan wabak koronavirus.
Dia turut mengakui bahawa skuad Los Blancos itu merupakan pasukan pilihan sambil bercakap mengenai peluang Barca memeperthanakan kejuaraan.
"Saya percaya ia masih tidak mustahil.
"Agak sukar untuk kami memenangi segala-galanya.
"Mereka berada pada waktu terbaik dalam banyak perkara, begitu juga kami.
"Saya harap mereka melakukan kesilapan dan kami dapat memintas mereka," katanya.
#Barcelona #Real Madrid #Zinedine Zidane #LaLiga #Quique Setien