Sabah mengesahkan telah berjaya mendapat pemain pertahanan Perak, Nazirul Naim Che Hashim secara pinjaman untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir.

Kehadiran Nazirul dilihat mampu memperkukuhkan lagi benteng Sabah yang kini menghuni tangga ketujuh Liga Super.

"Kehadiran Nazirul ke dalam skuad Sabah adalah berasaskan pinjaman daripada skuad Perak. Persetujuan telah dicapai antara kedua-dua pasukan serta pemain dan Sabah amat memerlukan pemain bek-kiri serta kepakaran situasi bola mati amat penting bagi pasukan," jelas Marzuki.

Bagi para penyokong The Bos Gaurus, ini pesanan Nazirul.

"Saya ingin memohon maaf atas keputusan yang diambil. Sukar untuk membuat keputusan ini kerana Perak adalah pasukan pertama sejak saya meninggalkan skuad Harimau Muda. Saya berharap semua akan terus menyokong Perak."