AC Milan akan memulakan misi mempertahankan gelaran Serie A dengan menantikan kunjungan Udinese manakala Inter Milan pula akan cuba untuk merampas kembali Scudetto bermula dengan aksi menentang pasukan baru, Lecce.

Pasukan bimbingan Stefano Pioli, Milan, merampas kejuaraan Serie A musim 2021-22 -- Scudetto pertama mereka selepas 11 tahun -- daripada juara bertahan, Inter, dan sekali lagi akan berdepan saingan sengit Juventus, Napoli dan seteru setempat kendalian Simone Inzaghi berkenaan.

Milan seterusnya akan bertandang ke laman Atalanta bagi perlawanan kedua dan aksi 'Derby di Milano' pertama pula akan berlangsung pada 4 September depan, di mana Lazio akan turut melayani Napoli pada hari yang sama.

Dusan Vlahovic akan kembali ke Fiorentina bersama Juventus pada hujung minggu yang sama manakala Milan akan menantikan tandangan Napoli di pertengahan dua minggu di antara perlawanan ketujuh dan kesembilan.

==========


'Derby di Roma' pertama akan menyaksikan AS Roma bimbingan Jose Mourinho akan melayani Lazio dalam perlawanan ke-13 sebelum kedua-dua pasukan kembali bertemu di venue berbeza dalam perlawanan ke-27.

Inter akan sekali lagi bertemu Milan dalam perlawanan ke-21 sambil Serie A akan berehat dari 13 November hingga 4 Januari depan untuk memberikan laluan kepada Piala Dunia Qatar.

"AC Milan","Inter Milan","AS Roma","Napoli","Bola Sepak","Juventus","Serie A"