Inter Milan mengesahkan bahawa pemain tengah mereka, Hakan Calhanoglu, mengalami kecederaan otot paha.

Pemain kebangsaan Turki itu dimasukkan dalam babak kedua ketika Inter menewaskan Viktoria Plzn 2-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi Rabu lalu tetapi kemudian mengalami kecederaan di bahagian berkenaan.

"Hakan Calhanoglu menjalani ujian kesihatan di Humanitas Institute di Rozzano hari ini," kata satu kenyataan yang dikeluarkan Inter.

"Mereka mendedahkan bahawa pemain tengah Turki itu mengalami ketegangan di hamstring kiri.

"Keadaannya akan sekali lagi dipantau minggu depan."

Nerazzurri seterusnya akan meneruskan saingan Serie A dengan bertandang ke Dacia Arena bagi berdepan Udinese hujung minggu ini.