Serie A: Atalanta layak tumbangkan Juventus, kata Gasperini

Muzaffar Musa
Julai 12, 2020 04:11 MYT
Gian Piero Gasperini berbangga selepas Atalanta mengikat Juventus 2-2 dalam perlawanan Serie A di Stadium Allianz awal pagi tadi tetapi berasakan pasukannya lebih layak menang.
Atalanta mendahului sebanyak dua kali melalui jaringan Duvan Zapata dan Ruslan Malinovskiy tetapi Cristiano Ronaldo menjaringkan gol sepakan penalti untuk memadamkan kedua-dua kelebihan itu, termasuk salah-satunya pada minit ke-90.
Ketika Gasperini meluahkan rasa bangga dengan pasukannya yang sedang menduduki tangga ketiga Serie A, ketua jurulatih Atalanta itu percaya pasukannya layak mendapatkan tiga mata daripada perlawanan itu.
"Saya sememangnya amat berbangga. Kami bermain dengan baik dalam babak pertama dan Juve hanya bangkit dalam babak kedua," katanya dalam sidang media.

#JuveAtalanta | 2-2 | FULL-TIME ? A un passo dalla 10ª vittoria consecutiva... grande partita ragazzi, grazie! ? One step away from our 10th win in a row... great game lads, thank you!#GoAtalantaGo ⚫? pic.twitter.com/kdJqSJKvQF

— Atalanta B.C. (@Atalanta_BC) July 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tetapi dengan permainan seperti itu, kami dapat mendahului dan bermain dengan amat baik.
"Sudah pasti kami sedikit kecewa kerana kami sepatutnya menang.
"Tetapi dalam bola sepak, prestasi sahaja belum tentu mencukupi," katanya.
Dengan hanya berbaki enam perlawanan Serie A, Atalanta menduduki tangga ketiga dengan sembilan mata di belakang pendahulu, Juventus.
#Juventus #Atalanta #Serie A #Gian Piero Gasperini