Sergio Aguero lega peroleh jaringan pertama

Ammar Hakim
Mac 3, 2023 09:09 MYT
Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero, mengakui gembira dengan jaringan sulung yang diraih untuk kempen Liga Super musim 2023.
Lebih manis, jaringan ketika berdepan kelantan itu merupakan jaringan pertama Aguero sebagai pemain tempatan Tok Gajah.
Tonggak naturalisasi kebangsaan itu percaya masih banyak kerja rumah yang perlu dia dan rakan sepasukan laksana dalam usaha memastikan Sri Pahang muncul antara salah sebuah pasukan pencabar musim ini.

Sri Pahang mendahului dengan jaringan 4-0 di separuh masa pertama!#SriPahang#WhereLegendsAreBorn#HakkaClo#posmalaysia pic.twitter.com/mwLbou2bdD

— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) March 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kendalian Fandi Ahmad meraih kemenangan selesa 4-1 hasil jaringan di babak pertama yang disumbangkan Kpah Sherman, Kevin Ingreso, Aguero serta Stefano Brundo.
"Perasaan yang sangat bagus dan saya sangat gembira kerana menjaringkan gol sebagai pemain tempatan Sri Pahang FC," kata Aguero.
"Kami akan cuba terus melakukannya dan meningkatkan lagi momentum untuk meraih tiga mata."
#liga super #Sergio Aguero #Sri Pahang FC #Liga Super 2023 #DemiLigaKita