Sepanyol akan peroleh manfaat sama seperti Atletico Madrid -- Simeone

Ammar Hakim
November 7, 2020 00:39 MYT
Diego Simeone mendakwa Sepanyol akan mendapat manfaat daripada daripada fleksibiliti Marcos Llorente sama seperti yang dilakukannya untuk Atletico Madrid.
Pemain tengah itu diberi panggilan senior pertama oleh jurulatih Sepanyol, Luis Enrique, untuk perlawanan persahabatan menentang Belanda dan pertembungan Liga Negara-Negara bertemu Switzerland dan Jerman.
Simeone telah menggunakan pemain berusia 25 tahun itu dalam pelbagai posisi sejak dia menandatanganinya pada bulan Jun 2019 daripada pencabar saingan LaLiga, Real Madrid.
"Kami gembira dengan kedatangan Marcos ke pasukan kebangsaan," kata ketua jurulatih Atletico itu.
"Dia pemain serba boleh, dia boleh bermain di mana sahaja di padang. Dia boleh bermain di sayap, sebagai penyerang kedua.
"Dia mempunyai ketinggian, kepantasan dan mampu menjaringkan gol. Luis Enrique akan bertemu pemain bola sepak yang akan menawarkan banyak sumber kepadanya.
"Pasukan itu mempunyai jurulatih yang akan sentiasa mencari apa yang dilihatnya terbaik untuk pasukan, bersama dengan idea yang ada dan cara pemain bola sepak.
"Marcos melalui saat yang luar biasa."

Happy @LuisSuarez9 appreciation post to brighten up your day ♥️ ?⚪ #AúpaAtleti pic.twitter.com/Z9WKALufpN

— Atlético de Madrid (@atletienglish) November 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Atleti menerima kedatangan Cadiz dalam saingan LaLiga hari ini selepas tidak tewas dalam 12 perlawanan berdepan kelab Andalusia itu di laman sendiri, dengan hanya satu seri terhasil dalam keseluruhan bilangan perlawanan tersebut -- 0-0 pada Mei 1991.
Skuad kendalian Simeone turut tidak tewas dalam 22 perlawanan LaLiga (M13 S9), rekod terbaik mereka dalam sejarah pertandingan.