Sentuhan Ziyech ditagih Chelsea -- Lampard

Ammar Hakim
Disember 29, 2020 02:55 MYT
Frank Lampard mengakui bukan kebetulan aksi mengecewakan Chelsea dalam ketiadaan Hakim Ziyech, dengan pemain itu bakal kembali bertemu Manchester City.
Ziyech terlepas enam perlawanan terakhir bersama Chelsea ekoran masalah hamstring yang dialami ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Leeds United 5 Disember lalu.
Kemenangan itu melonjak Chelsea ke puncak liga tetapi mereka sekadar meraih satu daripada lima perlawanan terakhir, menyaksika mereka ketinggalan enam mata di belakang Liverpool dan telah beraksi satu perlawanan lebih berbanding juara bertahan itu.
Kadar kemenangan The Blues menjadi 27 peratus dalam 11 perlawanan EPL tanpa kehadiran Ziyech, berbanding 80 peratus sewaktu dia turun bersama pasukan.
Dan setelah pemain itu tidak dapat diturunkan ketika seri 1-1 dengan Aston Villa, ketua jurulatih, Lampard tidak sabar-sabar untuk menyaksikan Ziyech kembali terlibat secepat mungkin.
"Saya rasa itu bukan kebetulan," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan. "Saya tidak boleh bergantung sepenuhnya kepadanya.

A point apiece after a lively encounter at Stamford Bridge#CHEAVL pic.twitter.com/j9avydfjGF

— Premier League (@premierleague) December 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berfikir mengenai Hakim, cara dia bermain, dia sangat berkesan untuk kami daripada segi assist, mencipta peluang.
"Kehadiran diperlukan Chelsea ketika ini. Saya berharap dia akan kembali cergas menjelang pertemuan dengan City."
#Chelsea #Manchester City #Frank Lampard #Aston Villa #Hakim Ziyech #Callum Hudson-Odoi