Semoga Chris Smalling tabah rumah dimasuki perompak

Shaiful Shamsudin
April 17, 2021 02:18 MYT
Marcus Rashford mengirim sokongannya terhadap Chris Smalling selepas bekas pertahanan Manchester United itu dilaporkan menjadi mangsa rompakan bersenjata.
Smalling dan keluarganya dikatakan sedang berehat di rumah di daerah Appia Antica, Rom, apabila tiga lelaki bersenjata memecahkan harta benda dan mengarahkannya agar membuka peti keselamatan.
Perompak dilaporkan melarikan diri dengan jam tangan Rolex, perhiasan selain sejumlah kecil wang tunai.

Thinking about you @ChrisSmalling and your lovely family. So sorry to wake up to the news this morning. Can’t imagine how you’re feeling but I hope you’re ok ♥️

— Marcus Rashford MBE (@MarcusRashford) April 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
La Gazzetta dello Sport mengatakan bahawa laporan polis dibuat oleh isteri Smalling sekitar pukul 05:00 waktu tempatan semalam disusuli siasatan pihak berkuasa.
Penyerang The Red Devils, Rashford, kemudian menghantar mesej kepada bekas rakan pasukannya itu dengan menulis di Twitter: "Bersimpati dengan nasib anda @ChrisSmalling dan keluarga. Maaf apabila mengetahui beritanya pagi ini. Tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan anda tetapi saya harap awak OK. "
Smalling tercedera baru-baru ini dan terlepas aksi ketika Roma mengatasi Ajax untuk mara ke separuh akhir Liga Europa, semalam, bagi menempah pertemuan dengan United separuh akhir.
#Manchester United #Chris Smalling #Roma