WEST BROM 1 BURNLEY 2

Pengurus West Brom, Alan Pardew, menegaskan semangat pemain-pemainnya untuk mempamerkan persembahan cemerlang untuk terus bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin pudar.


The Baggies mengalami kekalahan kelapan berturut-turut dalam saingan EPL selepas Burnley meraih kemenangan 2-1 di The Hawthorns.

Ashley Barnes membuka jaringan sebelum Chris Wood menggandakan jaringan pada minit ke-73.

Salomon Rondon mengurangkan defisit jaringan tetapi kebangkitan yang dipamerkan West Brom terlalu lewat.

"Kami tidak memberikan tekanan sejak permulaan perlawanan. Kami terlalu mengikut perancangan yang telah disediakan," kata Pardew.

"Ia bukan pasukan yang telah saya latih sepanjang minggu ini.

"Kami terpaksa mengharungi tekanan di dalam stadium tapi gagal menanganinya hingga terpaksa menerima kekalahan ini.

"Pasukan perlu bangkit dalam aksi seterusnya berdepan Swansea dan perlu yakin dengan kebolehan sendiri."