Selangor mempamerkan aksi penuh bertenaga di Stadium Likas apabila merakamkan kemenangan 6-0 ke atas Sabah dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Skuad kendalian mula membuka jaringan seawal minit ke-22, kesilapan pemain pertahanan digunakan sebaik mungkin Ifedayo Olusegun mudah mengatasi penjaga gol, Rendy Robson Rining.

Pemain kelahiran Nigeria itu menggandakan jaringan dua minit kemudian selepas bijak melambung terus merobek gawang Sabah.

Ketika selesa memimpin permainan, Selangor menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama, kali ini giliran Mukhairi Ajmal Mahadi bertindak selaku penjaring.

Sejurus perlawanan separuh masa kedua bersambung, Selangor kelihatan terus memburu jaringan mereka tidak menunggu lama apabila Syahmi Safari meledak gol keempat pada minit ke-46.

Danial Asri menjadikan kedudukan 5-0 sebelum Ifedayo melengkapkan hatrik pada minit ke-88 -- hatrik yang keenam buat Gergasi Merah -- sekaligus kemenangan bergaya Selangor di Likas.