Selangor FC kehilangan khidmat pertahanan import, Safuwan Baharudin, dalam saingan suku akhir Piala Malaysia kerana menyahut panggilan kem Singapura bagi mengikuti dua aksi persahabatan di Dubai.

Ia bermula sejak Rabu selepas kelibat Safuwan tidak kelihatan ketika aksi menentang Perak FC di Stadium Perak.

Selepas mendapatkan perkhabaran kecederaan yang dialami pemain tersebut, Selangor perlu berhadapan Kuala Lumpur City di pentas suku akhir Piala Malaysia tanpa kelibat Safuwan yang hanya akan tamat tugasan bersama skuad Singapura pada 17 November 2021.

Ada usaha daripada pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) cuba mendapatkan khidmat pemain itu dalam salah satu aksi suku akhir nanti, namun ia tampak sukar.

Ini bermakna skuad Merah Kuning mungkin perlu memikirkan pelan B ketika Safuwan perlu membantu skuad kebangsaannya mengharungi dua aksi persahabatan bertemu Kyrgystan dan Maghribi di Dubai.

Dalam masa sama, pengendali pasukan, Karsten Neitzel, menganggap tiga mata terakhir di peringkat kumpulan sebagai petanda yang cukup baik untuk anak buahnya melangkah lebih cemerlang di saingan suku akhir nanti.