UiTM 0 SELANGOR 2

Selangor bangkit dengan kemenangan apabila berjaya mengatasi UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM, sebentar tadi.


Skuad Merah Kuning melewati kekalahan mengejut di tangan Penang FC 2-0 di laman sendiri sebelum rehat antarabangsa dan kebangkitan menjadi sasaran ketika berkunjung bertemu UiTM.

Selangor membuka jaringan pada minit ke-13, gerakan Nor Hakim Hassan dari sebelah kiri berjaya mencari Oliver Buff untuk menyudahkan jaringan.

Skuad kendalian Karsten Neitzel terus memberikan asakan apabila berjaya menambah jaringan lima minit sebelum tamat separuh masa pertama, Hakim Hassan sekali lagi bertindak menembusi benteng pertahanan lawan sebelum berjaya mencari Ifedayo Olusegun mudah melakukan tampanan ke gawang.

Taktikal permainan positif terus diterapkan gergasi merah dalam separuh masa kedua, namun tiada jaringan berjaya terhasil bagi memastikan kemenangan buat Selangor.