Segalanya bergantung kepada pemain lain untuk sesuaikan diri dengan Messi

Ammar Hakim
Oktober 26, 2020 22:59 MYT
Lionel Messi kekal sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia dan segalanya bergantung kepada rakan sepasukannya di Barcelona untuk bermain mengikut kekuatan penyerang itu, menurut pemain tengah Frenkie de Jong.
Pemenang Ballon d'Or enam kali itu belum sepenuhnya menyesuaikan diri dengan sistem bos baru Ronald Koeman 4-2-3-1, gagal menjaringkan gol daripada permainan terbuka dalam enam perlawanan musim ini.
Dia juga hanya mencipta satu peluang di LaLiga musim ini, dengan produk akademi Ansu Fati -- lima gol dan satu assist dalam semua pertandingan -- mencuri perhatian.
Tetapi bagi De Jong, yang telah berjaya dalam peranan di bahagian tengah yang lebih dalam di bawah kendalian Koeman, menegaskan bahawa ia terpulang kepada yang lain dalam skuad Barca bagi memastikan Messi di kedudukan terbaik untuk menghasilkan magisnya..
"Apabila anda mempunyai Messi dalam pasukan anda, sudah tentu anda mempunyai pemain terbaik dunia dalam pasukan anda," katanya.
"Anda cuba untuk mendapatkan dia ke dalam kedudukan yang terbaik untuk membuat perbezaan dan saya fikir kita perlu menyesuaikan diri dengannya.

?? #ElClásico history at Camp Nou 2007 Leo #Messi ? 2020 @ANSUFATI ? pic.twitter.com/GhgCUYjXWo

— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apabila dia menerima bola dalam kedudukan di mana dia boleh membuat perbezaan, dia akan membuat sesuatu untuk anda, sentiasa."

1st win ?? #championsleague #FJ21 pic.twitter.com/7mc4Uxj17k

— Frenkie de Jong (@DeJongFrenkie21) October 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barca kembali dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Juventus awal pagi Khamis ini di Turin.