David Alaba berkata segalanya lebih besar di Real Madrid berbanding bekas pasukannya, Bayern Munich, tatkala dia belajar untuk memenuhi jangkaan tinggi untuk berjaya.

Jodoh 13 tahun Alaba bersama jaguh Bundesliga itu berakhir pada Mei lalu selepas dia menolak tawaran kontrak baru di Allianz Arena dengan menyertai gergasi LaLiga berkenaan.

Pemain antarabangsa Austria itu telah memulakan 13 daripada 14 perlawanan untuk Madrid musim ini -– hanya Eder Militao dan Thibaut Courtois yang bermain lebih kerap daripadanya -– dengan berjumlah 1,170 minit di atas padang.

Alaba telah beraksi di beberapa posisi dan serta-merta meletakkan dirinya sebagai kegemaran peminat menerusi gol pembukaannya dalam kemenangan 2-1 pertembungan 'El Clasico' dengan seteru rapat, Barcelona, dua minggu lalu.

Ia menjadikan Alaba muncul sebagai pemain kelima Madrid yang menjaringkan gol dalam penampilan sulung El Clasico abad ini untuk menyusuli ikon Brazil, Ronaldo (2003), Ruud van Nistelrooy (2006), Raphael Varane dan Jese Rodriguez (kedua-duanya pada 2013).

Alaba juga telah menyumbangkan beberapa gol, ini bermakna hanya Marco Asensio (empat), Vinicius Junior (12) dan Karim Benzema (19) telah terlibat secara langsung dalam menghasilkan lebih banyak gol daripadanya.

Dengan lima rekod bersih juga, ia menjadi merupakan satu permulaan yang positif terhadap lembaran baharunya dan pertahanan serba boleh itu sedia mengorak langkah lebih jauh.

"Saya berasakan aura dan suasana istimewa ini sejak hari pertama lagi," katanya kepada Kicker.

"Anda dapat menceritakan sejarah dimiliki kelab ini sebaik berjalan melintasi padang latihan atau melalui bandarnya."

Ditanya perbandingan di antara Madrid dan Bayern, Alaba menambah: "Kedua-dua kelab sentiasa dahagakan kejayaan mutlak. Bayern adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia, begitu juga dengan Madrid.

"Tidak banyak yang dapat membezakan kedua-duanya. Tetapi di Madrid, bukan tidak menghormati Bayern, segala-galanya lebih besar."






Alaba memainkan peranan penuh dalam kemenangan 2-1 ke atas Elche, kelmarin, untuk meletakkan Madrid menyamai kedudukan Sevilla dengan satu mata di belakang pendahulu, Real Sociedad, yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Ia adalah penampilan ke-10 Alaba dalam liga utama Sepanyol itu dan dia sudah menyedari perbezaan gaya permainan kancah berkenaan dengan Bundesliga.

“Saya perlu beraksi dengan bijak, LaLiga agak berbeza,” katanya.

“Malah, pasukan seperti Levante dan Alaves juga cuba bermain bola sepak dari belakang.

"Sebagai pertahanan tengah, saya mempunyai lebih kerap terbabit dengan pertembungan udara selepas sepakan gol berbanding dalam Bundesliga. Di sana ia dimainkan secara lebih langsung.

“sebaliknya di Sepanyol pula setiap pasukan gemar dengan penguasaan bola biarpun oleh pasukan yang agak terperosok di kedudukan liga.

"Sukar untuk mengatakan mana yang lebih sukar tetapi ia pastinya berbeza."