Penyerang baru Negeri Sembilan FC, Sean Selvaraj, mempunyai misi peribadi mahu dilunaskan pada aksi kedua Liga Super musim ini menentang bekas pasukannya, Selangor FC.

Sekembali Sean ke negeri kelahirannya menyerlahkan potensi dan kebolehannya selepas mendapat kepercayaan K. Devan dan ruang yang diberikan mahu diguna baik sepenuhnya.

Menerusi perkongsian bersama Nadi Arena, Sean menegaskan barisan kejurulatihan skuad Jang sudah mengenalpasti kelemahan Selangor malah Sean sedia memainkan peranan untuk menguji pertahanan bekas majikannya itu.



"Sejujurnya kami telah berbincang mengenai perlawanan bertemu Selangor, jurulatih sudah mengetahui corak permainan lawan kami," katanya.

"Saya berharap setiap pemain Negeri Sembilan dapat menerapkan corak permainan yang telah ditetapkan sementara ia adalah perlawanan pertama saya beraksi di Paroi sebagai pemain Negeri Sembilan."

Imej: FB Negeri Sembilan Football Club