Scott Parker akan melaksanakan tanggungjawabnya dari rumah ketika Fulham menghadapi Southampton dalam pertemuan 'Boxing Day' selepas ahli keluarganya didapati positif COVID-19.

Pengurus Fulham itu bertindak mengasingkan dirinya minggu ini walaupun keputusan ujian calitannya negatif dan dia sedia kembali di bangku simpanan apabila bertandang ke Tottenham minggu depan seandainya keputusannya sekali lagi negatif.

Matt Wells dan Stuart Gray akan menguruskan pasukan pertama di Craven Cottage esok, tetapi Parker akan berusaha seboleh mungkin untuk memainkan peranannya dari rumah.

"Kami mempunyai perlawanan Liga Perdana pada hari Sabtu yang tidak akan dapat saya ikuti, atau latihan minggu ini menjelang," kata Parker pada hari Khamis.

"Kami melakukan segalanya yang termampu.Kkami telah menyiapkan semuanya, saya sentiasa berdialog dengan kakitangan saya, saya mempunyai pasukan yang sukar dipercayai. Kami telah lama saling bekerjasama jadi saya tahu pemain berada ditangani dengan baik.

"Saya akan melakukan segalanya yang terdaya dari rumah. Kami akan berdialog secara berterusan, saya akan menyalurkan maklumat. Saya akan mempunyai komputer riba dan skrin saya akan memaparkan banyak sudut permainan itu, jadi saya akan sentiasa bercakap dengan mereka tentang bagaimana saya menilai.

"Adakah ia akan menjadi baik seakan-akan saya berada di sekitarnya? Tentu saja tidak, tetapi itulah kesukaran yang saya alami ketika ini. Tetapi saya mempunyai kakitangan dan barisan kejurulatihan yang hebat di sini, tetapi saya masih boleh memainkan pengaruh besar. "



Fulham menghuni tangga ke-18 Liga Perdana Inggeris (EPL), dua mata menjauhi zon penyingkiran, tetapi tuan rumah belum pernah memenangi perlawanan Boxing Day sejak 2003 ketika mengalahkan Southampton 2-0.

Namun, The Saints meraih tiga kemenangan daripada empat pertemuan terakhir mereka malah memastikan kekebalan gawang dalam setiap kemenangan itu.

Southampton juga sedang menikmati enam kemenangan hasil daripada lapan perlawanan terakhir sepanjang jadual waktu padat Krimas ini apabila hanya tewas sekali.