Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, bertanyakan kehidupan di China lebih daripada sekali, kata bekas jurulatih Brazil dan Portugal, Luiz Felipe Scolari.

Ronaldo, 33, masih bermain di Eropah dengan meledak 37 gol dalam 35 perlawanan musim ini.

Pemain Portugal itu mempunyai kontrak di Santiago Bernabeu hingga musim panas 2021 dan selepas itu berpotensi berhijrah ke China atau Amerika Syarikat.

Scolari yang melatih Guangzhou Evergrande Taobao dari 2015 hingga 2017, mendedahkan Ronaldo sering bertanyakan tentang negara itu.

"Siapa yang bertanya kepada saya lebih daripada sekali mengenai kehidupan di China, itu adalah Cristiano Ronaldo. Mengapa tidak Cristiano Ronaldo pergi ke China?" katanya kepada Esporte Interativo.

"Saya berkongsi semua maklumat yang ada dan kita juga perlu faham bahawa China adalah China, ia untuk pemain yang berbeza.

"Cristiano Ronaldo mempunyai jenama dan industri. China adalah negara terbesar dunia.

"Kemudian, saya memberitahunya apa yang saya sering katakan: Jika berpeluang, maka pergilah ke China," ujarnya.