Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel, mengaku buntu untuk menjelaskan rekod buruk pertahanan kelab itu.

The Foxes bangkit daripada ketinggalan untuk memperoleh satu mata menentang Spartak Moscow dalam Liga Europa Kumpulan C awal pagi tadi selepas Daniel Amartey membatalkan jaringan pembukaan Victor Moses.

Leicester berpeluang untuk mendapatkan kemenangan apabila Moses memberikan penalti namun percubaan pemain gantian, Jamie Vardy, berjaya ditepis penjaga gol.

Jaringan Moses bermakna skuad kendalian Brendan Rodgers gagal untuk mengekalkan gawang tidak dibolosi dalam sembilan perlawanan bagi semua pertandingan, dan sekadar berjaya melakukannya dalam 15 perlawanan.

Schmeichel memberitahu kepada BT Sport, "Kami dibolosi terlalu banyak gol pada masa ini tetapi mempunyai peluang yang cukup untuk memenanginya.

"Mengapa kami dibolosi? Jika saya tahu ia tidak akan berlaku. Ia adalah sesuatu yang kami usahakan setiap hari tetapi tidak berhasil dengan baik pada masa ini.

"Perlawanan itu terhidang untuk dimenangi. Kami menguasai sebahagian besar perlawanan dan mereka mempunyai beberapa peluang dan menjaringkan gol. Kami melepaskan terlalu banyak gol pada masa ini tetapi mempunyai peluang yang cukup untuk memenanginya.

"Apabila anda tidak mendapat tuah anda perlu menilai semula dan bekerja lebih keras. Kami perlu melihat diri kami sendiri, kami tidak boleh menyalahkan orang lain dan mempunyai perlawanan besar dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang Leeds United."