CHELSEA 0 ARSENAL 1

Thomas Tuchel bertanggungjawab atas kekalahan 0-1 Chelsea kepada Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.


Tolakan ke belakang Jorginho hampir menghasilkan gol sendiri yang membawa kepada gol tunggal Emile Smith Rowe untuk pelawat pada minit ke-16 -- Pierre-Emerick Aubameyang menjadi arkitek kepada gol kedua peribadinya musim ini.

Chelsea menguasai permainan dalam tempoh yang panjang dengan percubaan Kurt Zouma dan Olivier Giroud masing-masing menggegar tiang di penghujung perlawanan.

Tetapi Tuchel mengesahkan keputusannya membuat tujuh rombakan terhadap kesebelasannya ketika mengalahkan juara musim ini, Manchester City, 2-1 Ahad lalu, mungkin menjejaskan usaha meraih kelompok empat terbaik.

"Ini semua salah kami sendiri, bukan orang lain. Saya rasa kami tewas dan kami perlu memikul tanggungjawab penuh," katanya kepada Sky Sports.

"Kami memiliki peluang menarik. Kami hampir menjaringkan gol sendiri. Ia ganjaran kepada aksi ini.

"Secara keseluruhan kami tidak cukup tajam dan kami tidak dapat meningkatkan keamatan seperti biasa.

"Ia terserah kepada saya. Saya rasa mungkin terlalu banyak perubahan dilakukan kali ini berbanding perlawanan terakhir. Saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk itu. Mungkin ini akan menyedarkan kami.

"Saya tidak rasa kami mengamalkan pendekatan sama, iaitu tajam dan penuh semangat seperti penampilan kami dalam perlawanan terakhir. Inilah aspek yang tiada pada hari ini."

Chelsea akan menghadapi Leicester City dalam final Piala FA tengah malam minggu ini -- pertemuan pertama dalam aksi timbal balik bulan ini selain final Liga Juara-Juara (UCL), 30 Mei depan.

Begitupun, Tuchel mempertahankan tindakannya tidak memilih barisan utama untuk mengalahkan Arsenal.




"Kami meniti di laluan yang baik, kami mempuyai perasaan yang baik dan pilihan di pihak saya untuk kesebelasan utama pula tidak begitu baik," katanya.

"Kami tidak bernasib baik. Kami boleh tewas dan kami telah mencurahkan segala kudrat hanya untuk kalah pada hari ini.

"Saya tidak senang dengan kesebelasan saya. Terlalu banyak perubahan dan saya tidak seharusnya melakukannya."