Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, menjelaskan gaya sambutan jaringannya ketika berdepan Napoli ditujukan kepada penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Messi mencetuskan kekecohan apabila meraikan gol dengan gaya "hubungi saya"selepas membantu Barcelona menewaskan Celta Vigo 5-0 pada Sabtu lalu.

Ia dipercayai Messi cuba memberikan syarat kepada kelab mengenai kontraknya walaupun dia kemudian menjelaskan sambutan itu adalah untuk anak saudaranya.

Selang beberapa hari, Ramos melakukan gaya yang sama ketika Real meraih kemenangan 3-1 ke atas Napoli dengan agregat 6-2 untuk mara ke suku akhir.

Ramos menyatakan bahawa gaya sambutan gol itu telah digunakannya terlebih dahulu berbanding Messi.

"Saya telah melakukannya terlebih dahulu daripada Messi," katanya.

"Saya lakukannya di Nou Camp."

Ramos menanduk masuk gol pertama Real sebelum tandukan keduanya terkena Dries Mertens untuk menjaringkan gol sendiri. Alvaro Morata melengkapkan kemenangan Real pada penghujung perlawanan.