Carlo Ancelotti menolak kredit untuk peningkatan Vinicius Jr ketika Real Madrid bersiap sedia menghadapi Valencia malam ini.

Real kini cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam saingan LaLiga, selepas melewati 22 perlawanan tanpa tewas teapi mereka sekadar melakar satu kemenangan daripada enam kunjungan ke Valencia.

Vinicius merupakan pemain yang berpengaruh bagi permulaan positif musim ini, memenangi tiga dan seri satu, ketika dia menjaringkan empat kali dalam empat perlawanan.

Dan ketika Ancelotti lega dengan persembahan pemain kebangsaan Brazil itu, dia tidak terkejut dengan kemampuan yang dipamerkannya setakat ini.

"Saya melihat seorang pemain yang memiliki kebolehan yang sangat baik dalam situasi satu lawan satu," kata Ancelotti.

"Vinicius kini telah berkemban, dia telah mula menghasilkan jaringan dan itu meningkatkan keyakinannya.

"Saya bukan ahli silap mata, hanya seorang jurulatih yang memberikan keyakinan kepad mereka untuk meluahkan kualiti mereka."

Ketika ditanya apakah Vinicius dapat melanjutkan persembahan cemerlangnya, ketua jurulatih Real itu berkata, "Ia bergantung pada keperibadian, watak, karisma, kualiti yang dimiliki seseorang."