Sarung jersi nombor 10, Shahrel ikut jejak langkah Mokhtar Dahari , Safee Sali

Ammar Hakim
Januari 5, 2021 10:53 MYT
'Jersi nombor 10 untuk Shahrel Fikri', ia satu penghormatan buat pemain yang bukan berasal dari Selangor itu namun dia menyedari menggalas beban dengan nombor keramat ini.
Untuk pemain tempatan, jersi nombor 10 hanya akan disarung oleh anak jati Selangor namun bagi musim 2021, lain pula ceritanya.

IT'S OFFICIAL! Shahrel Fikri kini sah menyarung jersi Gergasi Merah buat musim 2021. Klik pada pautan untuk baca artikel penuh mengenai penyertaan Shahrel Fikri sebagai pemain baharu Selangor FC:https://t.co/Hb8w7NCpIZ#KitaAdalahSatu#85Years#CreatingALegacy#ShahrelIsRED pic.twitter.com/Zg5l3RdvMr

— Selangor FC (@selangorfc) December 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Shahrel yang merupakan anak jati Perak diberi penghormatan untuk menyarung nombor jersi keramat ini.
"Ini merupakan satu cabaran bagi saya. Jangkaan yang tinggi akan diletakkan kepada saya. Ia bukan sesuatu yang mudah namun saya akan berusaha menghadapi cabaran," kata Shahrel.
Nombor 10 membawa watak besar bersama Selangor sebelum ini yang begitu sinonim dengan keampuhan Allahyarham Mokhtar Dahari yang kali terakhir disarung pemain tempatan adalah Safee Sali lapan tahun lalu.
"Itu sebab saya berhijrah ke Selangor. Pasukan ini akan menyasarkan untuk beraksi dalam Asian Champions League musim hadapan dan menyarung jersi nombor 10 ini, saya berharap dapat memberikan yang terbaik."
Bagaimanapun nombor itu digunakan Rufino Segovia musim lalu namun ekoran kecederaan yang membelenggu pemain itu, aura nombor 10 seakan tenggelam dan seakan hilang keramatnya.
Tanggungjawab Shahrel bukan hanya di atas padang namun nama baik jersi 10 yang semakin dilupakan magisnya.

Penyerang berbisa tempatan, Shahrel Fikri menyifatkan gelaran Penyerang Terbaik 2020 yang diraih dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual sebagai satu pengiktirafan berharga untuknya selepas bergelut dengan prestasi pada musim lalu. Baca lanjut ⬇️#ABK20

— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.