Maurizio Sarri menggesa Napoli agar lebih berani apabila mereka menjadi tuan rumah menentang Real Madrid dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.

Madrid berkunjung ke Itali dengan mendahului 3-1 walaupun pada mulanya ketinggalan di Santiago Bernabeu dan dijangka mara ke suku akhir apabila mereka dilihat mahu mempertahankan kejuaraan.

Tetapi Napoli tidak akan membuat ia satu kunjungan yang selesa dan Sarri berharap pasukannya bermain dengan keberanian di hadapan penyokong sendiri di Stadium San Paolo.

"Mudah-mudahan kami lebih berani," kata Sarri kepada pemberita dalam sidang media pra-perlawanan.

"Permainan ini akan menjadi sukar kerana Real Madrid mempunyai kualiti teknikal, ditambah kualiti fizikalnya yang hebat. Tetapi kami bersatu, kini matlamat kami adalah untuk melakukan dengan baik.

"Tekanan semuanya di pihak Real Madrid. Mereka adalah juara dunia dan dijangka menang. Namun, peminat kami adalah juara dunia dan Eropah akan menyaksikannya.

"Madrid mungkin layak, mereka telah menjaringkan gol untuk 46 perlawanan berturut-turut tetapi sudah tentu kami akan cuba memberikan kesukaran kepada mereka."

Kapten Napoli, Marek Hamsik, juga sedar tugas yang dihadapi kelab Serie A itu dan memberi amaran kepada rakan sepasukannya bahawa walaupun perlu menyerang, mereka tidak boleh lari daripada tanggungjawab bertahan.

"Kami sebuah pasukan yang tidak menguasai permainan," kata Hamsik.

"Kami perlu keluar dan menyerang tetapi kami juga perlu berhati-hati di belakang. Napoli tidak pernah dikecewakan di laman sendiri dalam perlawanan yang hebat, jadi saya yakin kami akan mempunyai perlawanan yang hebat.

"Real Madrid mempunyai kekuatan serangan dan boleh menjaringkan gol pada bila-bila masa tetapi kami perlu fikir tentang melakukan kerosakan dengan corak permainan kami dan dengan persediaan kami.

"Saya telah bermain dalam banyak perlawanan besar tetapi bagi saya, ia akan menjadi permainan yang tidak dapat dilupakan. Kami ketinggalan dan kami perlu pulih.

"Ia tidak akan menjadi mudah tetapi kami perlu menikmati dan bermain seperti kami tahu bagaimana."