Maurizio Sarri kembali ke padang latihan bersama Juventus berikutan mengalami radang paru-paru.

Pengendali berusia 60 tahun itu telah dirawat sejak pertengahan Ogos lalu dan terpaksa diketepikan daripada dua perlawanan pembukaan Serie A – kemenangan 1-0 ke atas Parma dan mengatasi Napoli 4-3.

Bekas pengendali Chelsea, Sarri, telah mengetuai sesi latihan Juve di Continassa, semalam.

Gonzalo Higuain dan Douglas Costa tidak terlibat dalam latihan tersebut dan diberikan rehat tambahan sementara pemain-pemain lain sudah bersama skuad kebangsaan masing-masing bagi menghadapi perlawanan antarabangsa.

Beliau berpandangan perlawanan berdepan Napoli telah mengerah keringat barisan utama.

Juve akan kembali beraksi di Fiorentina, 14 September ini sebelum aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Atletico Madrid empat hari kemudian.