Sarawak United tidak perlu tergesa-gesa untuk mengesahkan tandatangan pemain berpengalaman, Amri Yahyah, bagi menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Difahamkan ada beberapa slot yang masih belum di isi walaupun pasukan itu sudah memiliki kekuatan pemain utama bagi saingan musim depan.

Tegas bekas pengendali Melaka United itu, perbincangan bagi pihaknya dan Amri sudah berlangsung dan ketika ini pihaknya sedia memberi masa untuk pemain berkenaan tampil dengan keputusannya.

Kontrak Amri difahamkan sudah pun tamat penghujung bulan lalu dan sehingga ke hari ini, bekas ketua pasukan Selangor itu belum menandatangani sebarang kontrak bersama pasukan Liga M3 berkenaan.

"Kami sudah berbincang, Amri juga meminta sedikit masa.

"Itu terpulang kepadanya. Kami perlu mengambil kira pemain berusia seperti Amri, pemain muda. Sebab itu saya memberinya ruang," katanya.


DARI THAILAND TERUS KE SARAWAK Sik perlulah maok bertekak teki bertekak tekok agik. Kompem bah. Taun depan dak power jak main Sarawak United. Yang sik power main tim lain. Benaaa..... #SUKUAT

Posted by Sarawak United FC on Saturday, December 12, 2020


Dalam pada itu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak United, Naresh Nair, memilih untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada Elavarasan dalam membuat keputusan.

"Kontraknya sudah tamat. Kami akan ikut nasihat jurulatih dan kalau dia (Amri) tidak disenaraikan, kami akan sokong cadangan jurulatih," katanya pula.

Sementara itu, bekas pertahanan Gergasi Merah, Taylor Regan, sah menyarung menyertai skuad Borneo terbabit musim depan.

Dia bertekad merealisasikan objektif utama pasukan tersebut yang mahu meastikan slot Liga Super musim 2022 buat pasukan barunya itu dan pendapat itu senada dengan Amer Saidin.

"Saya mahu bawa Sarawak United ke Liga Super menerusi projek jangka masa panjang ini.

"Mungkin ini cabaran baru buat saya walaupun saya pernah beraksi dalam Johor Darul Ta'zim (JDT) II.

"Saya juga ingin menambah koleksi kejuaraan Liga Perdana," ujar bekas tonggak Harimau Muda itu.