Pengendali Portugal, Fernando Santos, memuji impak Joao Felix ketika bertemu Azerbaijan dan mengatakan tidak ada kesimpulan yang dapat dibuat berikutan kemenangan 1-0 pasukannya yang tidak meyakinkan.

Santos meraih kemenangan ke-50 bersama Portugal dalam perlawanan ke-80 hasil jaringan sendiri Maksim Medvedev dalam aksi pertama kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Allianz di Turin.

Juara Eropah itu melakukan 14 percubaan tepat ke sasaran -- berbanding kosong dilakukan Azerbaijan -- tetapi bergelut menemui jalan menembusi penjaga gol, Sahruddin Mahammadaliyev.

Di sebalik keputusan yang kurang memberangsangkan ke atas lawan di ranking ke-108 tiu, Santos menegaskan tiga mata yang dipungat dalam aksi pembukaan Kumpulan A adalah amat penting.

"Kami menang, itu paling penting. Perlawanan ini boleh menjadi sukar," katanya.

"Saya menjangkakan akan menang dengan lebih selesa, tetapi kita tidak boleh membuat kesimpulan. Kita dapat melihat apa yang berjalan lancar dan tidak.

"Pada babak pertama kami mengawal keadaan, walaupun kadang-kadang kami dapat membina serangan dengan lebih baik."


"Saya berpendapat bahawa pada babak pertama Azerbaijan tidak melepasi tengah padang. Pasukan ini teratur, padat, bereaksi dengan baik ketika kehilangan bola.

"Permainan dikendalikan, tapi kami kekurangan ketika menciptakan peluang tertentu.

"Azerbaijan mula bermain pada babak kedua. Pada masa itu kami tidak begitu kuat dalam pemulihan dan kami membiarkan tiga atau empat serangan."

Joao Felix dibawa masuk menggantikan Andre Silva 15 minit terakhir dan menyempurnakan 12 daripada 14 hantaran, 11 daripadanya dilakukan di bahagian pasukan lawan.

Santos berasakan penyerang Atletico Madrid itu telah memberikan impak kepada perlawanan.

"Pasukan bertambah baik dengan kemasukan Joao," kata Santos. "Terdapat lebih banyak peredaran untuk permainan kami dan dia memainkan peranan dalam salah satu gerakan terbaik kami -- ia sangat bagus."