Arsene Wenger menegaskan bahawa Alexis Sanchez dan Mesut Ozil tidak akan dibenarkan meninggalkan Arsenal musim panas ini.

Masa depan gandingan The Gunners ini menjadi perbualan utama sejak Januari berdasarkan prestasi Arsenal yang semakin merudum.

Sanchez telah dikaitkan dengan Manchester City dan Bayern Munich sementara Ozil turut bersedia untuk meninggalkan Arsenal selepas mereka tidak akan beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Tetapi Wenger, yang telah menandatangani kontrak baru selama dua tahun untuk terus bersama Arsenal, menegaskan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan Stadium Emirates.

"Mereka akan kekal bersama kelab yang berharap untuk menawarkan kontrak baru kepada mereka," kata Wenger.

"Tumpuan kami adalah cuba memastikan pasukan ini terus bersama dan mencari jalan untuk mengukuhkannya lagi.

"Apabila anda menandatangani kontrak bersama sesebuah pasukan, anda perlu memberikan yang terbaik sehingga hari terakhir kontrak tersebut."