Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez, menjelaskan kebimbangan untuk menjadi pemain yang tidak dikenali dalam dunia bola sepak menjadi inspirasi buat dirinya terus berjuang bersama pasukan.

Pemain berusia 28 tahun itu telah memenangi kejuaraan liga bersama Colo-Colo, River Plate dan Barcelona di samping dua gelaran Copa America bersama Chile -- namun gagal mencipta kejayaan yang cemerlang di England kecuali menjulang Piala FA dan dua Perisai Komuniti sejak menyertai The Gunners pada 2014.

Pengendali pasukan, Arsene Wenger, mahu Sanchez terus bersama kelab itu walaupun terdapat khabar angin menyatakan dia mungkin menyertai Chelsea pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, Sanchez mencadangkan dia tidak tergoda dengan tawaran untuk meninggalkan Stadium Emirates di kala prestasi Arsenal tidak menentu.

"Melihat setiap kejayaan yang saya raih sebagai pemain bola sepak, ia adalah pencetus motivasi kepada saya untuk terus cemerlang," kata Sanchez.

"Ia adalah motivasi buat saya untuk membantu keluarga saya, kemudian berusaha untuk menjadi pemain yang terbaik.

"Saya cuba untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan."