Inter melonjak ke tangga kedua Kumpulan D Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Sheriff awal pagi tadi.

Juara Serie A itu merakamkan kemenangan pertama ke atas skuad kendalian Yuriy Vernydub dua minggu lalu, kemudian mereka meraih tiga lagi mata untuk kekal dua mata di belakang pendahulu, Real Madrid, yang mengatasi Shakhtar Donetsk.

Inter tidak dapat mencari jalan untuk menembusi benteng pertahanan lawan dalam separuh masa pertama walaupun mencipta banyak peluang, tetapi mereka mendahului sembilan minit selepas perlawanan disambung hasil jaringan pertama Marcelo Brozovic musim ini.

Milan Skriniar dan Alexis Sanchez meletakkan perlawanan jauh untuk dijangkau Sheriff, yang menjaringkan gol saguhati menerusi Adama Traore, ketika skuad kendalian Simone Inzaghi meraih langkah yang cukup baik bagi memastikan mereka memburu slot ke pusingan 16.