Sanchez, yang hanya melakukan penampilan utama buat kali kedua musim ini, digantikan dengan Lautaro Martinez dalam waktu rehat selepas aksi 45 minit pertama yang penuh mengecewakan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B itu.
Pasukan Serie A itu kemudian mendedahkan selepas perlawanan bahawa penyerang Chile itu dikeluarkan kerana mengalami kesakitan di adductor kanannya.
Tiada pemain lain yang melengkapkan kurang daripada 11 hantaran sepanjang babak pertama sementara bekas pemain Manchester United itu kehilangan bola sebanyak lapan kali dan hanya memenangi satu perebutan.
Inter perlu berterima kasih kepada gol minit ke-90 Romelu Lukaku -- gol keduanya dalam perlawanan itu -- untuk mencuri satu mata daripada wakil Bundesliga, Gladbach, dalam aksi pembukaan berkenaan.
? | REPORT MEDICO
— Inter (@Inter) October 21, 2020
Alexis #Sánchez è stato sostituito al termine del primo tempo di #InterBorussia a causa di una contrattura all’adduttore destro pic.twitter.com/qNrx2Ed6Iu