Sampdoria memecat Eusebio Di Francesco selepas permulaan buruk musim ini meletakkan mereka di tangga tercorot Serie A.

Pengurus itu meninggalkan pasukan berkenaan awal pagi tadi, dua hari selepas tewas 0-2 kepada Hellas Verona -- kekalahan keenam daripada tujuh perlawanan.

Sampdoria menandatangani Di Francesco dengan kontrak tiga tahun Jun lalu, namun jurulatih itu kembali menganggur selepas empat bulan dilepaskan AS Roma.

"Presiden, Massimo Ferrero, dan Sampdoria mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan bersama Eusebio Di Francesco dan staf teknikalnya untuk mengakhiri hubungan profesional," kata kenyataan kelab berkenaan.

"Presiden dan rakan sekerjanya mengucapkan terima kasih kepada Di Francesco dan stafnya di atas usaha mereka."

Sebagai rekod, Di Francesco menggantikan Marco Giampaolo, yang turut bergelut dalam Serie A bersama AC Milan yang sedang menduduki tangga ke-13 musim ini.