Dokumentari sukan yang dinanti-nantikan Astro, ‘Sampai Mati Kuala Lumpur’, yang mengisahkan perjalanan berani Kuala Lumpur City FC untuk memenangi Piala Malaysia 2021 akan ditayangkan secara eksklusif di Astro mulai 1 Februari 2022.

Dokumentasi lapan episod itu akan tersedia kepada semua pelanggan Astro dengan dua episod pertama ditayangkan pada 1 dan 2 Februari jam 9 malam di Astro Arena (CH801), dengan episod berikut ditayangkan dalam tempoh tiga minggu akan datang pada hari Selasa dan Rabu pada masa yang sama.

Astro pertama kali mengumumkan perkongsian kandungan pertama seumpamanya dengan pasukan liga Super Malaysia sebelum musim 2021 bermula.

Dokumentasi di sebalik tabir membawa peminat sukan melalui perspektif KL City FC yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dengan kamera di dalam kemudahan latihan mereka, di atas padang dan di bilik persalinan semasa hari perlawanan. Peminat juga mendapat akses dekat kepada pemain, jurulatih dan kakitangan kelab yang bekerja.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata, "Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan bersama KL City FC, merakam detik-detik penting sepanjang musim sehingga perlawanan akhir Piala Malaysia.

"Dokuseri akan berkongsi cerita dan emosi pasukan dari perspektif unik yang tidak pernah lihat atau alami peminat bola sepak Malaysia sebelum ini."


Stanley Bernard, Ketua Pegawai Eksekutif KL City, menambah, "Kami gembira kerana perjalanan pasukan kami dalam salah satu cerita 'underdog' (pasukan bukan pilihan) terbesar dalam sukan Malaysia telah didokumentasi melalui siri ini.

"Keghairahan kami dilihat dalam cahaya yang berbeza, dan kami berharap ia memberi inspirasi kepada semua yang menontonnya. Kami percaya bahawa siri ini bergema dengan setiap peminat sukan, bukan hanya peminat pasukan kami. Ia juga merupakan langkah yang bermakna dalam meningkatkan komersial dan nilai jenama KL City FC, bola sepak Malaysia dan sukan tempatan."