Mohamed Salah tersenarai dalam skuad Mesir bagi menghadapi Piala Dunia di sebalik kecederaan bahu yang membelenggunya.

Bintang Liverpool itu dijangka cergas untuk menyertai skuad kendalian Hector Cuper di Russia ketika dia terus menjalani proses pemulihan terhadap kecederaan yang dialami ketika tewas dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) kepada Real Madrid, 26 Mei lalu.

Kecederaan itu mengundang kerisauan mengenai ketersediaan Salah untuk Mesir dalam penampilan pertama mereka dalam Piala Dunia sejak 1990.

Penampilan penyerang Braga, Kouka, turut memberikan kejutan manakala pertahanan, Karim Hafez dan Amro Tarek, tidak tersenarai.

Kapten pasukan, Essam El-Hadary, yang berusia 45 tahun bakal membuat penampilan sebagai pemain tertua di Russia nanti.

Diundi dalam Kumpulan A, Mesir akan berdepan Uruguay pada 15 Jun sebelum menghadapi Russia dan Arab Saudi.

Mereka akan berkunjung ke Belgium bagi aksi persahabatan terakhir esok dengan harapan untuk menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan.

Skuad penuh Mesir:

Sherif Ekramy (Al-Ahly), Essam El-Hadary (Al-Taawoun), Mohamed El-Shenawy (Al-Ahly); Mohamed Abdel-Shafy (Al-Fateh), Ayman Ashraf (Al-Ahly), Ahmed Elmohamady (Aston Villa), Ahmed Fathi (Al- Ahly), Ali Gabr (West Brom), Omar Gaber (Los Angeles FC), Mahmoud Hamdy (Zamalek), Ahmed Hegazi (West Brom), Saad Samir (Al-Ahly); Mohamed Elneny (Arsenal), Abdallah Said (Al-Ahli), Shikabala (Al-Raed), Tarek Hamed (Zamalek), Trezeguet (Kasimpasa), Sam Morsy (Wigan Athletic), Ramadan Sobhi (Stoke City), Amr Warda (Atromitos); Marwan Mohsen (Al-Ahly), Kahraba (Al-Ittihad), Mohamed Salah (Liverpool).