Salah faham dengan Heung-min, Lloris tampil beri penjelasan

Ammar Hakim
Julai 7, 2020 01:52 MYT
Hugo Lloris menegaskan tidak ada masalah antara dia dan Son Heung-min setelah rakan sepasukan Tottenham itu bertengkar ketika meraih kemenangan ke atas Everton awal pagi tadi.
Kedua-duanya terlibat bertengkar ketika separuh masa pertama berakhir dalam kemenangan 1-0 Spurs, yang menandakan kemenangan yang ke-200 buat Jose Mourinho dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kapten pasukan, Lloris mengakui kejadian itu, yang berlaku ketika para pemain berjalan menuju bilik persalinan, berkaitan dengan kegagalan Heung-min untuk mengesan ketika Richarlison hampir menjaringkan gol untuk The Toffees.
Penjaga gol kelahiran Perancis itu menyatakan tidak ada apa yang serius, dengan kedua-dua pemain itu bersalaman selepas tamat permainan.
"Itu hanya milik bilik persalinan -- di luar anda boleh mengatakan apa sahaja yang anda mahukan," katanya kepada Sky Sports.
"Apa yang berlaku antara saya dan Sonny kadang-kadang berlaku dalam bola sepak. Tidak ada masalah. Selepas tamat perlawanan, anda dapat melihat kami lebih gembira.
"[Ini berkaitan dengan] peluang [untuk Richarlison] beberapa saat sebelum separuh masa. Tetapi ini adalah sebahagian daripada bola sepak -- kami mahu terus maju."
Dan ini pula reaksi Mourinho mengenai salah faham antara Heung-min dan Lloris;