Saint-Etienne dihukum tolak tiga mata, empat perlawanan tanpa penyokong

Muzaffar Musa
Jun 24, 2022 01:55 MYT
Saint-Etienne akan memulakan saingan Ligue 2 dengan pemotongan tiga mata gara-gara keganasan penyokong sebaik mereka tersingkir daripada liga divisyen utama Perancis, Ligue 1, bulan lalu.
Kekalahan 4-5 dalam penentuan penalti kepada Auxerre kemudian disusuli dengan insiden buruk, di mana penyokong mereka mula bertempur dengan pihak polis dan pengawal keselamatan selepas menceroboh padang untuk menyerang pemain mereka.
Malam tadi, Ligue de Football Professionnel mengumumkan bahawa kelab itu dikenakan denda pemotongan enam mata tetapi tiga daripadanya masih ditangguhkan.
Saint-Etienne juga akan melalui empat perlawanan pertama di laman sendiri tanpa kehadiran penonton di Stade Geoffroy-Guichard selepas dua daripada keseluruhan enam hukuman beraksi di stadium tertutup ditangguhkan.
#bola sepak #Ligue 1 #Ligue 2 #Saint-Etienne