Berita menarik buat penggiat sukan futsal tempatan, baik pemain, jurulatih mahupun peminat selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggumumkan pembatalan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL).

Menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Rosmadi Ismail, mengesahkan ada inisiatif yang dibuat daripada pihaknya untuk melangsungkan MPFL pada awal tahun hadapan.

"Kami faham perasaan penggemar futsal dan pasukan-pasukan.

"Tapi dalam masa sama kami perlu mengambil kira pasukan lain. Kita semua tidak dapat menjangka dengan (situasi) COVID-19 ini.





"Saya berdoa keadaan pandemik ini akan pulih dan boleh adakan kejohanan ini seawal Januari, itulah impian saya untuk (anjurkannya) secepat mungkin.

"Saya faham dengan (perasaan) pencinta futsal dan saya kalau boleh tidak mahu membatalkan MPFL tapi selepas berbincang dengan pihak-pihak berkaitan, kami memahami kerana ia melibatkan banyak pasukan," katanya yang juga naib presiden FAM hari ini.