Saga perpindahan Mbappe tidak ideal buat Perancis -- Deschamps

Ammar Hakim
Ogos 27, 2021 01:12 MYT
Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berkata saga perpindahan Kylian Mbappe 'tidak ideal' ketika Les Bleus bersiap sedia untuk kelayakan Piala Dunia yang akan datang.
Mbappe mahu meninggalkan Paris Saint-Germain dan Real Madrid dilaporkan berusaha mencapai kesepakatan dengan gergasi Ligue 1itu.
Walaupun kontrak Mbappe akan berakhir akhir musim ini, Real dipercayai telah menawarkan EURO180 juta untuk pemain antarabangsa Perancis itu.
Ketika juara dunia Perancis bersiap sedia untuk aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 bertemu Bosnia-Herzegovina (1 September), Ukraine (4 September) dan Finland (7 September), Deschamps ditanya mengenai sasaran Real, Mbappe.
"Saya tidak dapat menjawab [Kylian Mbappe]," kata Deschamps kepada wartawan. "Lebih baik bertanya kepadanya [mengenai masa depannya].
"Satu-satunya fakta ialah pasaran perpindahan ditutup pada hari Selasa. Perlawanan bulan depan akan bermula selepas berakhirnya jendela perpindahan. Adakah itu ideal? Jelas sekali tidak. Saya tidak akan bertengkar dengannya mengenai hal ini.
"Kylian, begitu juga pemain lain, mungkin berada dalam situasi di mana mereka harus menukar kelab. Saya akan berusaha sedamai mungkin kerana masa depan mereka dipertaruhkan. Ini keputusan mereka, ini adalah karier mereka.
"Saya tidak berada dalam posisi mereka, paling tidak saya dapat memberikan pendapat. Keputusan terletak di tangan mereka."

Didier Deschamps a communiqué la liste des 23 joueurs retenus pour le stage de septembre avec des retours et des nouvelles têtes ! #FiersdetreBleus pic.twitter.com/xNfd2QSQtg

— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) August 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mbappe menjaringkan 133 gol dan melakukan 58 assist sepanjang 174 perlawanan bersama PSG sejak dari Monaco empat tahun yang lalu.
#PSG #Didier Deschamps #Kylian Mbappe #Perancis