SAGA IX: Tambunan kenduri gol

Penulis Jemputan
Disember 5, 2019 08:50 MYT
Tuan rumah, Tambunan membuka tirai acara bola sepak Sukan Sabah (SAGA)
Ke-9 dengan bergaya apabila menang besar 8-0 ke atas Tawau dalam aksi Kumpulan B di Kompleks Sukan Tambunan, hari ini.
Dalam saingan kumpulan A, Sandakan menang tipis 3-2 ke atas Kota Kinabalu.
Bagi acara hoki wanita Kumpulan C di Stadium Hoki Keningau pagi tadi, tuan rumah, Keningau, menang mudah 3-0 ke atas Kota Kinabalu manakala Tenom menundukkan Telupid 6-3.
Perlawanan kumpulan D pada sebelah di petang pula menyaksikan Tawau menewaskan Kudat 3-0 manakala Beaufort menang tipis 1-0 terhadap Tuaran.