Hari ini genap 74 hari Safawi Rasid berada di Portugal bersama Portimonense.

Walaupun setakat membuat penampilan bersama pasukan B-23 dan memanaskan bangku simpanan, anak kelahiran Terengganu itu yakin pengalaman yang dikerah di Portimao kelak pasti akan membuah hasil buat dirinya mahupun pasukan kebangsaan.

"Bagi saya, ini bukanlah satu tekanan sebenar memandangkan ini merupakan bab baru dalam karier bola sepak saya dan saya menganggap jangkaan ramai itu sebagai satu motivasi untuk berjaya.

"Saya di sini untuk menimba pengalaman sebanyak yang boleh. Tetapi saya juga mahu beraksi di atas padang sekerap yang boleh agar dapat membantu pasukan kebangsaan.

"Kami mempunyai peluang untuk layakan ke Piala Asia dan pusingan kelayakan Piala Dunia yang seterusnya.

"Jadi saya mahu membantu negara saya layak ke Piala Asia," kata pemain yang dipinjamkan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT).


Everyone wants the ball ⚽️?? ------------------ FOLLOW KAMI. Kami @portimonense_malaysiafan akan sentiasa membawakan berita terkini Safawi Rasid di Portugal dan Portimonense SC! ⚫⚪?

Posted by Portimonense S.C. Malaysia on Wednesday, December 16, 2020


Sehubungan itu, Safawi berharap Harimau Malaya akan mengadakan latihan pusat sebelum mereka menyambung cabaran dalam pusingan kelayakan.

Berikutan penularan COVID-19, beberapa Piala AFF 2020 juga ditunda ke hujung tahun depan.

"Buat masa ini, Malaysia di tangga kedua kumpulan. Namun, sudah setahun sejak kali terakhir kami berkumpul bersama. Oleh itu ia bukan mudah pada Mac depan (siri kelayakan dijangka kembali ditetapkan).

"Saya harap kami dapat mengadakan latihan pusat demi mencapai keserasian ketika berlatih.

"Saya fikir kami mampu melakukannya berikutan kualiti tinggi yang ada dalam pasukan kebangsaan. Kami akan menghadapi UAE (Emeriah Arab Bersatu), Vietnam dan Thailand. Kami di kedudukan baik untuk mara..

"Terpulang kepada jurulatih (Tan Cheng Hoe) untuk memilih saya dan bagaimana mereka mendapatkan persetujuan daripada Portimonense sekiranya ingin menyenaraikan saya. Sudah tentu saya mahu membantu pasukan dalam Piala AFF."