Walaupun ketinggalan satu jaringan pada penghujung babak pertama oleh pasukan Terengganu, ia tidak memberi tekanan kepada Sabah, sebaliknya mereka terus bangkit dalam babak kedua.

Serangan demi serangan dilakukan anak didik Datuk Ong Kim Swee itu melalui pemain sayap mereka seperti Badrol Bakhtiar dan Taiki Kagayama, yang banyak melakukan hantaran silang dan larian solo ke dalam kawasan penalti untuk memberi tekanan kepada pertahanan Sang Penyu.

Akhirny,a jaringan penyamaan yang di cari-cari muncul melalui sepakan sudut apabila Park Tae Soo berjaya melakukan tandukan ke gawang Sang Penyu.

Dengan jaringan penyamaan itu, ia telah meningkatkan semangat anak didik Kim Swee itu untuk terus menyerang, mereka terus mendominasi bahagian tengah dengan baik.

Ketenangan Gary Steven Robbat, yang mengantikan Jackson de Souza pada awal babak pertama, banyak memainkan peranan di bahagian tengah untuk mencorak permainan Sang Badak.

Akhirnya, jaringan kedua yang diinginkan muncul setelah Park Tea Soo sekali lagi menanduk masuk daripada sepakan percuma dimiliki Sabah.

Jaringan itu bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan dan kemenangan itu juga telah menggukuhkan kedudukkan Sang Badak di tempat kedua carta Liga Super. Kedudukkan ini sudah pasti akan terus memberi cengkaman dan tekanan pada pendahulu liga ketika ini, Johor Darul Ta’zim, kerana Sang Badak mempunyai kekuatan tersendiri ketika ini, di mana Kim Swee perlu memastikan anak didiknya terus menggekalkan prestasi dan mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan.

Apa yang perlu diperbaiki oleh pengendali Sabah itu adalah ketajaman di bahagian penyudah kerana ketika bertemu Terengganu, pemain-pemain penyerang mereka agak sukar melakukan jaringan.

Sudah tiga perlawanan, tiada jaringan berjaya dilakukan sebaliknya mengharapkan pemain pertahanan, Park Tea Soo, untuk melakukan jaringan.

Sekiranya masalah ini dapat diatasi, tidak mustahil Sabah juga merupakan sebuah pasukan yang lengkap di semua bahagian dan sudah tentu ini peluang terbaik untuk pasukan Negeri di Bawah Bayu itu untuk mencari slot bermain di Liga AFC.