SABAH 2 PERAK 1

Sabah melakar kebangkitan untuk mengatasi Perak 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.


Alto Linus menjatuhkan Guilherme de Paula, sepakan percuma yang diberikan berjaya disempurkan Nazirul Naim Che Hashim pada minit ke-27.

Skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto terus mengejar perlawanan bagi mendapatkan jaringan penyamaan, gerakan demi gerakan dihasilkan akhirnya ia membuahkan hasil apabila hantaran silang Alto berjaya menemui Amri Yahyah yang melepaskan rembatan gagal ditampan keluar penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Jaringan penyamaan tersebut ternyata melonjakkan semangat Sabah, gol kedua mereka terhasil pada minit ke-79, Levy Madinda berjaya menyempurnakan sepakan percuma, rembatan leret melepasi benteng pertahanan Perak sekaligus memastikan mereka menamatkan perlawanan dengan tiga mata penuh.

Sementara di Stadium MBPJ, Ifedayo Olusegun sekali lagi menjadi penyelamat Selangor apabila memastikan kemenangan Selangor ke atas PJ City FC 2-1, sebentar tadi.

V. Ruventhiran membuka jaringan buat skuad kendalian P. Maniam menyaksikan Selangor ketinggalan.

Skuad Merah Kuning mengasak dalam separuh masa kedua melakar serangan demi serangan ke arah kubu pertahanan lawan, dua jaringan Ifedayo di penghujung permainan sekali lagi menyelamatkan pasukan untuk melakar kemenangan.

Keputusan lain:

PDRM 0 NEGERI SEMBILAN 1

TERENGGANU II 4 KELANTAN UNITED 1