Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, menolak cadangan mengenai penampilan terakhir buat Paul Pogba dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Pemain tengah Manchester United itu mendedahkan Russia 2018 mungkin adalah Piala Dunia terakhirnya kerana kecederaan atau "pemain-pemain lain yang mula mengatasinya".

Deschamps tidak menjangkan itu adalah penyebab utama, bagaimanapun, mahu Pogba terlibat dalam saingan di Qatar 2022.

"Saya tidak berasakan ini adalah Piala Dunia terakhirnya. Pogba baru sahaja berusia 25 tahun, dia masih mampu bermain pada empat tahun akan datang," katanya.

"Saya masih lagi melihat Pogba yang sama sepanjang 15 hari ini. Dia masih lagi memiliki mentaliti yang sama -- bermain dengan cemerlang untuk Perancis.

"Pogba sedang mengharungi saat sukar tetapi dia seorang yang berpengalaman," tambahnya.

Kemenangan Perancis ke atas Australia dan Peru memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati dan Raphael Varane akan mengetuai Les Bleus berdepan Denmark bagi aksi terakhir.

Pertahanan Real Madrid itu mempamerkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu dan Deshamps mahu memastikan kemenangan diraih dalam aksi terakhir.

"Kami bermain dengan baik sepanjang kejohanan dan mahu terus melakukannya.

"Kami memiliki barisan pertahanan yang ampuh dan mampu menghukum pasukan lawan," katanya lagi.