Rumah Angel Di Maria dan seorang lagi rakan sepasukan Paris Saint-Germain (PSG) dipecah masuk ketika perlawanan Ligue 1 bertemu Nantes.

Di Maria dikeluarkan pada pertengahan separuh masa kedua di Parc des Princes, pertukaran itu menghadirkan kekeliruan -- bukan hanya di tepi padang, malah mereka yang sedang beraksi. PSG dibolosi sebelum Di Maria dikeluarkan, kemudian ketinggalan 2-1 sembilan minit kemudian.



Selepas Di Maria, menandatangani kontrak baru minggu ini, dikeluarkan, Mauricio Pochettino bercakap dengan rakan senegaranya di bilik persalinan sebelum kembali bersama pasukan.

RMC Sport melaporkan ketika perlawanan berlangsung, Di Maria telah meninggalkan stadium kerana 'perkara peribadi yang serius'.

Canal+ dan RMC Sport kemudian memberikan maklumat lebih lanjut selepas tamat perlawanan, dengan menyatakan bahawa kediaman Di Maria, bersama rakan sepasukan PSG, telah menjadi sasaran pecah masuk ketika perlawanan sedang berlangsung.

Menurut media, PSG mengesahkan laporan tersebut, dengan RMC Sport juga mendakwa bahawa kedua-dua serangan itu berlaku semasa keluarga masing-masing pemain berada di rumah.

Mauro Icardi mengalami kes yang sama Februari lalu, sementara Di Maria sebelum ini telah menjadi mangsa rompakan seperti itu, selama berada di Manchester United pada musim 2014-15.

Mauricio Pochettino memberitahu dalam sidang media, "Terdapat situasi di luar bola sepak yang juga menjelaskan separuh masa kedua.

"Ini bukan alasan tetapi ada penurunan tenaga di atas padang. Kami bercakap mengenai perkara selain bola sepak selepas permainan di bilik persalinan."