Rudi Garcia tinggalkan Al Nassr, Cristiano Ronaldo bakal dikendali jurulatih baru

Ammar Hakim
April 14, 2023 00:39 MYT
Al Nassr menunjukkan pintu keluar kepada Rudi Garcia semalam dan memberi peluang kepada pengendalia kelahiran Croatia, Dinko Jelicic, yang kurang dikenali untuk mengendalikan Cristiano Ronaldo dalam saingan Liga Pro Saudi.
Ketua jurulatih Roma, Jose Mourinho, telah dikaitkan dengan kemungkinan memperoleh pertemuan semula Ronaldo, setelah melatih pemain kebangsaan Portugal itu di Real Madrid.
Akhbar Sepanyol AS minggu ini mendakwa Mourinho telah ditawarkan kontrak dua tahun bernilai EURO100 juta.
Buat masa ini, Al Nassr telah meletakkan Jelicic sebagai pengendali pasukan utama selepas memimpin pasukan bawah 19 tahun mereka.
Kelab yang berpangkalan di Riyadh itu berkata, "Al Nassr mengumumkan bahawa ketua jurulatih Rudi Garcia telah meninggalkan kelab itu dengan persetujuan bersama.
"Ahli lembaga kelab dan semua orang di Al Nassr ingin mengucapkan terima kasih kepada Rudi dan kakitangannya atas kerja berdedikasi mereka selama lapan bulan yang lalu.
"Kami mengumumkan bahawa jurulatih U19 kami, Dinko Jelicic akan menjadi ketua jurulatih baharu untuk pasukan pertama. Semoga berjaya, Encik Dinko."

We can announce that our U19 coach, Mr. Dinko Jelicic will be the new head coach for the first team. Good luck, Mr. Dinko ? pic.twitter.com/ty52cRSwDT

— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) April 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bolasepak