Rozaimi beri kata-kata semangat buat Syafiq Ahmad

Muzaffar Musa
Disember 7, 2020 11:57 MYT
Penyerang Johor Darul Ta'zim FC II (JDT II), Rozaimi Abdul Rahman, memberikan kata -kata semangat buat Syafiq Ahmad sambil berkata dia memahami situasi yang sedang dialami penyerang negara itu.
Rozaimi pernah berdepan detik sama ketika mengalami kemalangan ngeri di Sabah yang turut mengorbankan anak saudaranya, Awangku Mohd Faris.
Dalam keadaan hiba, Rozaimi meluahkan rasa simpatinya buat Syafiq sambil mendoakan agar penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bangkit untuk meneruskan hidupnya.
"Saya kemalangan dengan kereta semua, sampai sekarang saya masih trauma," katanya kepada Nadi Arena.
"Apabila melihatnya semalam, saya menangis sebab masih teringat anak sudara saya.
"Dia pula dengan mak mentua dan anaknya, jadi ia benda yang sama seperti berlaku kepada saya.
"Saya melihat kemalangan itu memang dalam keadaan trauma.
"Saya melihat keretanya juga sama sepertu kereta saya dahulu, hancur.
"Kemudian dia hilang orang yang tersayang, memang sama macam saya.
"Anak saudara saya dahulu dari kecil membesar dengan saya.
"Saya tak boleh ingat kemalangan itu, saya kena ingat perkara lain selain daripada itu untuk menguatkan semangat diri saya.
"Kesedihan itu memang ada, rasa nak nangis pun ada bila teringat perkara itu.
"Tapi kita kena kuat dan jangan ingat benda yang membuatkan kita rasa hilang semangat," katanya.

Rozaimi memahami situasi yang sedang dialami Syafiq Ahmad. Perkongsian selanjutnya bersama @AdamZamri8 di Nadi Arena 730pm, saluran 802HD. pic.twitter.com/h4otAhmJkU

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Syafiq Ahmad #Johor Darul Ta'zim FC #Rozaimi Abdul Rahman