Marco Rose menegaskan Borussia Monchengladbach 'tidak boleh tewas' ketika berdepan Manchester City dalam Liga Juara-Juara (UCL), ketika dia mencabar barisan pemainnya untuk berani dalam perlawanan pusingan 16 awal itu nanti.

Gladbach membuat kejutan apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di belakang Real Madrid, yang layak ke peringkat kalah mati apabila berjaya memintas Shakhtar Donetsk dan Inter.

Kini kelab Bundesliga itu bertemu pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa kelebihan beraksi di laman sendiri. Ekoran sekatan pergerakan di Jerman berpunca daripada pandemik coronavirus, aksi pertama awal pagi esok dijadualkan berlangsung di bumi Hungary.

Rose -- yang meninggalkan kelab hujung musim ini untuk mengambil alih Borussia Dortmund -- mengakui pasukan bukan pilihan perlu bertahan bagi mengunci gerakan skuad kendalian Pep Guardiola, namun menegaskan permainan berani dalam mengawal permainan jika mahu mendapatkan peluang memenangi perlawanan ini.

"Apabila anda Borussia Monchengladbach dan bermain dalam pusingan 16 bertemu Manchester City, anda tidak boleh tewas," kata Rose.

"Ia adalah perkara utama kelab bermain dalam UCL dan kami sentiasa mahu membuktikan kemampuan kami.

"Kami telah melakukan yang terbaik setakat ini. Pemain-pemain menikmati perlawanan, dan sudah bersedia untuk membuktikan kualiti yang dimiliki.

"Paling penting, ia mengenai bertahan dengan cemerlang dan bermain dengan berani. Satu perkara City tidak gemar adalah tidak mengawal permainan."


Gladbach -- yang mara pusingan kalah mati pertandingan kelab utama Eropah buat pertama kalinya dalam tempoh 43 tahun -- tanpa khidmat Torben Musel dan Famana Quizera buat aksi pertama.

Mereka berdepan lawan yang tidak tewas sejak 21 November, dengan kemenangan 1-0 ke atas Arsenal melanjutkan rekod tanpa kalah City kepada 25 perlawanan.

City tidak pernah tewas kepada Gladbach dalam saingan UCL, selepas menang tiga kali dan seri sekali dalam pertemuan sebelum ini.