Rooney tidak sertai United ke Russia

Harry West
Mac 7, 2017 19:00 MYT

Wayne Rooney diketepikan daripada skuad Manchester United untuk berdepan Rostov bagi aksi pusingan kalah mati Liga Europa (UEL) manakala Henrikh Mkhitaryan sudah kembali cergas.

Penjaring terbanyak United itu tampil dalam kesebelasan utama ketika mereka seri 1-1 dengan Bournemouth sebelum digantikan dengan Jesse Lingard.
Rooney terlepas aksi Liga Europa sejak pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Zorya pada 8 Disember dan tidak kelihatan sekali lagi bagi pertemuan berdepan Rostov.
Kelibat Luke Shaw tidak kelihatan manakala Eric Bailly digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika memenangi aksi timbal balik bertemu Saint-Etienne.
Mkhitaryan menjaringkan gol tunggal perlawanan sebelum dikeluarkan kerana mengalami kecederaan pangkal paha, pemain kebangsaan Armenia itu kembali bersama pasukan untuk membantu mara ke pusingan seterusnya.

✈️ Manchester ➡️ Rostov… We're off to Russia today, ahead of Thursday’s @EuropaLeague Round of 16 first leg. pic.twitter.com/fPbscHx42e

— Manchester United (@ManUtd) March 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Wayne Rooney #Rostov #Russia #UEL