Rooney, pergilah ke China jika itu yang anda mahu -- Henry

Chris Myson
Februari 24, 2017 16:40 MYT

Thierry Henry memberitahu Wayne Rooney supaya tidak membenarkan pengkritik menghentikannya daripada berhijrah ke China jika itu apa yang dimahukannya pada penghujung musim ini.

Kapten Manchester United itu telah mendedahkan bahawa dia mahu kekal di Old Trafford walaupun terus dikaitkan dengan penghijrahan ke Liga Super China (CSL).
Masa depan Rooney akan terus diperdebatkan pada penghujung musim ini kerana terdapat khabar angin bahawa dia akan kembali ke Everton, di mana pengendali pasukan, Ronald Koeman, sedia menerima pemain England itu di Goodison Park.
Henry berasakan pemain berusia 31 tahun itu tidak berhutang dengan sesiapa dan bebas memilih untuk ke China jika itu apa yang dimahukannya.
"Saya mencadangkan Rooney untuk ke China -- berhenti mendengar setiap apa yang diperkatakan oleh orang lain dan mula membuat keputusan untuk dirinya sendiri," kata bekas penyerang Arsenal itu kepada Sky Sports.
"Terdapat beberapa pihak yang mengatakan masih terlalu awal untuk Rooney ke China dan harus memilih untuk kembali ke Everton.
"Bagaimanapun, anda perlu memilih untuk bergembira. Anda telah memberikan terlalu banyak kepada bola sepak Inggeris dan tidak berhutang kepada sesiapa lagi."

Jose Mourinho also confirms Wayne Rooney will be in the #MUFC squad for Sunday's game. pic.twitter.com/xrz9ekAU67

— Manchester United (@ManUtd) February 24, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rooney, yang sedang membuat persiapan untuk beraksi dalam final Piala EFL berdepan Southampton, bergelut untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama skuad Jose Mourinho musim ini tetapi Henry percaya Mourinho telah mengendalikan pasukan dengan baik.
"Cara beliau menguruskan United musim ini sangat baik. Mereka kembali menjadi salah satu pasukan yang digeruni serta menangani situasi Rooney dengan baik."